CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 25 Mei 2011

AKHIRNYE...

Alhamdulillah, AKHIRNYE.. apa yang selama ni i cari2 dah jumpa..

Dalam beberapa minggu ni, i mula nk aktifkan semula blog yg telah lama terbengkalai ni. Maklumlah dah lama meninggalkan apa yg telah dipelajari lebih dua tahun yg lalu, banyaklah benda yg dah lupa dan banyak yg hilang dari ingatan.hu hu..

Ni gara-gara menyahut cabaran seorg kawan.TQ kerana slalu gelak besar kat i  n kata "blog x siap2,blog dah jadi 'goblog' ha ha ha"). Beberapa hari yg lepas i pun sanggup berguru dengan Elin (umur baru 13 thn) dan selama beberapa malam ni i pun dok la mengadap laptop mencari2 ilmu yg dah hilang..Dah sakit2 tengkok di buatnya. Cam ne nak kasi blog yg menarik n ada gadget cantek2 cam org lain punye??

AKHIRNYA... malam ni i tjumpa http://tutorialuntukblog.blogspot.com/ ni di http://syimama.blogspot.com/. Banyak benda yang simple tapi kita tak tau..I dah cuba merialisasikan apa yang i jumpa dan lihat la hasilnya sekarang..memang tidak mengecewakan!

TQVM pada sis dan  tuan punya blog kat atas.
TQ pada kawan2 yang mencabar2 i tu. ;)
TQ pada guru2 yg tak bertauliah..

Banyak benda lagi yg perlu dipelajari..kata org: "SEMAKIN DALAM KITA GALI SEMAKIN BANYAK BENDA YANG KITA AKAN JUMPA" - InsyaAllah.

Selasa, 24 Mei 2011

Bongkar: Secret Recipe Guna DNA Babi?

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

Bil Produk Syarikat
1. CARAMEL CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
2. FROZEN CHICKEN RENDANG DRUMSTICK
BRAND: SECRET RECIPE / GREEN MASTER
-GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD 15/04/2013
3. HIGH FIBRE CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
4. ICED BLENDED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
5. ICED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
6. SECRET RECIPE THOUSAND ISLAND DRESSING
BRAND: SECRET RECIPE
-UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD. 14/11/2011

Jumaat, 5 Mac 2010

I LOVE U MAK!


Hari ni hujan lebat.Teringat sangat pada mak di kampung.Apa mak buat sekarang ni agaknya? Rasanya baru semalam aku kecil dan mak suap nasi di dapur berebut-rebut dengan Yang,Uza dan Adik..

Masih ingat lagi masa hujan lebat waktu malam, kami akan duduk berkumpul dan ditengah2 ada lampu pelita.Lepas tu semua orang tahan nafas,kalau ada yang terlebih hembus nafas alamat bergelap la..(pelita padam).Lepas tu mesti kena denda cari mancis kat dapur.& selalunya aku la yang jadi mangsanya..hu hu hu!!

Kalau hujan lebat sangat,terpaksa la cari besen dan kain buruk untuk tadah bumbung yang bocor.Kalau tak banjir la rumah..Bunyi tap tap tap, macam cerita seram je.Kami akan duduk rapat-rapat sambil sembunyikan badan dalam kain batik yang kami pakai.Tinggal kepala je yang nampak (macam kura2 duduk tegak..ha ha ha)

Kalau hujan waktu pagi paling best.Sebab mak tak pergi kebun dan kami boleh duduk berlengkar dan bermanja2 dengan mak.Kalau hujan dan tinggal renyai2 mak akan duduk di birai jendela sambil nyanyi lagu Ahmad Jais.Tapi aku tak ingat macam mana bunyi lagunya..Ye la masa tu aku baru sekolah rendah lagi..Mak suka tanya kami dengan mengajuk Wak Dol (masa tu belum lagi jadi Ketua Kampung)"Nak makan apa mak oiiii?" kami jawap "Nak makan pisang rebus mak oiiii!!".Lepas tu kami gelak besar.ha ha ha..

Sekarang rumah dinding papan bertiang tinggi telah lama di ganti dengan rumah yang lebih selesa.Tapi kenangan tetap di terpahat kemas di dalam ingatan.Dan mudah-mudahan mak akan selesa dan senang untuk beribadah di dalamnya.

I LOVE U MAK!!

Jumaat, 22 Januari 2010

Pindah

Bulan Dis 2009-bulan berpindah.
I melangkah keluar & meninggalkan kuarters yang penuh dengan nostalgia.Disitulah Harith n Hanis dilahirkan.(Anak kuarters kerajaan).Meninggalkan jiran2 yang juga rakan kerja.Tak berapa menarik tinggal di sana, tapi meninggalkan banyak kenangan..
-16/12/09 berpindah masuk ke rumah baru.Rumah yang di idam-idamkan.Walau sederhana ini lah hasil titik peluh i sendiri.I boleh pilih nak buat apa,nak pasang lampu apa,nak dapur cammana dll.Wow..bangganya i!
-

Khamis, 5 November 2009

20 tahun yg lalu......

Dah 2 malam tak boleh tido.Kenapa?

Semuanya kerana teringatkan kenangan 20 tahun yang lalu.Semua kisah suka duka datang kembali.Seronoknya tak terkata bila kawan2 lama dapat berhubung semula.(Emosinya aku!!)Yg seronok tu sume pakwe2 lama yang call.Wow! Tu yang darling i jelous tu!!
Sabar.. sabar...
Semalam dulu Shahrol call,mlm semalam Mahmood,Semalam Amran, hari ni Azmi sms.Esok siapa pula..cuba teka??
NASA mana pergi?????? tak teringat kat kekasih lamanya ni ke?? Kwang kwang kwang!!