CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Al-Kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Kisah. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mei 2012

Salam kapada yang sudi singgah di blog yg kurang aktif ni..Aduhai, memang sungguh susah la nak tekun menghadap blog ni. Nak kata sibuk x la juga.. Tapi sejak kena serang virus Soul ni..aduhai, memang parah. Lepas satu movie ke movie yg lain pulak.Terkini dengan creta King 2 Heart la pulokk..


Apa pun mlm ni luangkan sikit masa utk berkisah tentang majlis yang di adakan dalam minggu ni..

PK1 - Persaraan dengan tema Purple & Blue

14 Mei - Majlis Persaraan Penolong Kanan yang bertemakan warna Purple & Blue, Warna kegemaran Puan PK1.Warga sekolah mengucapkan "Selamat Bersara kepadaPuan Rojmah-semoga berbahagia bersama keluarga tercinta."


16 Mei -  Hari Guru yg di sambut secara sederhana kat sekolah i."Sederhana tapi meriah". Tq kepada Pn Pengetua yang memberi cenderahati yang comel & Club Guru & Staf yang beri payung,(Siapa yang tukar payung Nora dari warna Meroon ke warna Coklat???) GKMP Sc & Math yang bagi towel.(Tapi cenderahati dari KRS x dpt..) 
Terima kasih Pn Pengetua

Cenderahati dari Pn Pengetua
Masa sukaneka gorila comel, group kami yang jadi ahlinya jadi bidan terjun (dgn hanya berbaju kurung) telah dapat no.1.Kak Harlina yang kelakar jadi ketua..Tak sangka la pulak boleh menang..Bila dh habis game rupanya group kami cuma 4 orang(K/Harlina, i, Saadi & Azira),sepatutnya 1 group ada 5 org..Rupa2nya x cukup ahli, patut la cepat sangat habiskan game tu..Yang kelakarnya semua orang x perasan dengan pengadil2 sekali plak tu..hehe (Tapi hadiah belum dapat lagi, silap2 di batalkan hu hu hu..)

Ini la game gorila comel..dihujung sana group kami sedang mengatur  strategi ..
Game ni kami x main..bahaya, boleh lencun!!

Game ni, kami tewas..salah information

Ini persembahan paling kelakar..payung ni la yang kami dapat.
SELAMAT HARI GURU kepada rakan2 guru dan guru2 yang mendidik ku di SUA. TQVM.
Tq juga kpd Aisyah yang share picture ni.. LOVE U ALL"

Selasa, 18 Oktober 2011

Minggu Perpisahan

missNona-Sepanjang Ramadhan dan Syawal masa penuh dengan beramal dan bermaaf2an.Hinggakan tak sempat la nak menghadap blog sendiri..Belum lagi sibuk dengan rumah terbuka yang menambahkan segala lemak2 yang ada.Apa pun t.q pada kekawan yang sudi membuatkan i menggantung periuk belanga."Jasa Mu Dikenang".




Pn Pengetua di hari Persaraan



Minggu lepas dan minggu ni sibuk pulak dengan majlis perpisahan.Adoi..sedih la plak.Hari Rabu lepas bos yang baik hati dah pencen."Selamat berpencen Puan Pengetua. Mudah-mudahan gembira menjalani kehidupan dan rutin baru".













Punyalah beria-ia i, Kak Fadzi & geng berlatih untuk persembahan perpisahan tu..Kena hafal step yang Kak Linda ajar..Seronok plak dan berkobar2 nak nyanyi lagu Sama-Sama Menjejak Mimpi,Sama-Sama Turun Ke Lembah Sepi...(Freedom).Tup2 bila nak buat persembahan pentas pulak tak muat, ramai sangat plak yang joint last minit.Huhuhu jadi tukang sorak je la sudahnya..


Kak Fadzi - hari terakhir di SMKTD







 Kak Fadzi kena pindah ke Sekolah baru plak.Baru bersama 2 tahun dah berpisah..Walaupun berpindah tapi tahniah kerana dia mendapat kenaikan pangkat."Selamat berkhidmat di tempat baru kak.Kenang daku dalam doamu.."

Bersama yang di raikan


Jamuan perpisahan

Jumaat, 5 Mac 2010

I LOVE U MAK!


Hari ni hujan lebat.Teringat sangat pada mak di kampung.Apa mak buat sekarang ni agaknya? Rasanya baru semalam aku kecil dan mak suap nasi di dapur berebut-rebut dengan Yang,Uza dan Adik..

Masih ingat lagi masa hujan lebat waktu malam, kami akan duduk berkumpul dan ditengah2 ada lampu pelita.Lepas tu semua orang tahan nafas,kalau ada yang terlebih hembus nafas alamat bergelap la..(pelita padam).Lepas tu mesti kena denda cari mancis kat dapur.& selalunya aku la yang jadi mangsanya..hu hu hu!!

Kalau hujan lebat sangat,terpaksa la cari besen dan kain buruk untuk tadah bumbung yang bocor.Kalau tak banjir la rumah..Bunyi tap tap tap, macam cerita seram je.Kami akan duduk rapat-rapat sambil sembunyikan badan dalam kain batik yang kami pakai.Tinggal kepala je yang nampak (macam kura2 duduk tegak..ha ha ha)

Kalau hujan waktu pagi paling best.Sebab mak tak pergi kebun dan kami boleh duduk berlengkar dan bermanja2 dengan mak.Kalau hujan dan tinggal renyai2 mak akan duduk di birai jendela sambil nyanyi lagu Ahmad Jais.Tapi aku tak ingat macam mana bunyi lagunya..Ye la masa tu aku baru sekolah rendah lagi..Mak suka tanya kami dengan mengajuk Wak Dol (masa tu belum lagi jadi Ketua Kampung)"Nak makan apa mak oiiii?" kami jawap "Nak makan pisang rebus mak oiiii!!".Lepas tu kami gelak besar.ha ha ha..

Sekarang rumah dinding papan bertiang tinggi telah lama di ganti dengan rumah yang lebih selesa.Tapi kenangan tetap di terpahat kemas di dalam ingatan.Dan mudah-mudahan mak akan selesa dan senang untuk beribadah di dalamnya.

I LOVE U MAK!!