Cuti sekolah ni anak-anak sibuk ajak bercuti ke tempat yg belum pernah dilawati. Ok, ayah kata kita ke negeri Pekan,Pahang. "Lawatan Sehari Ke Negeri Pahang"- tempat Tok Najib..
Dengan sehelai sepinggang (balik dari kenduri kawin kawan di Selayang) terus drive ke Karak Highway menuju ke Pekan.
Ni terowong kat Karak Highway.Harith selalu silap nak sebut terowong jadi "teropong".
Dulu biasa sampai ke Bentong sahaja. Kali ni terus ke Pekan, ke destinasi..
Fara dah mengeloh, lamanya nak sampai ke pekan..(Kami sebut pekan tu bermaksud bandar/pasar) Dia tak tau nama tempat yg kami tuju di Pahang.Kesian Fara..
Exit di tol Gambang, lepas tu menuju ke Kuantan..Banyaknya jumpa pintu gerbang.
Ni la sungai Pahang.
Hampir 5 jam perjalanan dan dah sampai destinasi yang dituju.Cuma tengok dari luar, pelawat tidak di benarkan masuk.27 Jun nanti kita datang lagi hantar Kak Atyn sambung belajar di sini..
Perjalanan balik sempat singgah makan seafood di Tanjung Lumpur, betul2 menghadap laut. Yang terkenal ikan bakar petai.Wow, memang sedap hingga menjilat jari!!(Sori gambar x sempat ambik, lapar sangat..)he he
Satu perjalanan yang panjang tapi best.Sepanjang jalan tak tido temankan driver sambil menonton Hantu Mak Limah Balik Rumah.Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 2.00pagi.