CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 18 Oktober 2011

Minggu Perpisahan

missNona-Sepanjang Ramadhan dan Syawal masa penuh dengan beramal dan bermaaf2an.Hinggakan tak sempat la nak menghadap blog sendiri..Belum lagi sibuk dengan rumah terbuka yang menambahkan segala lemak2 yang ada.Apa pun t.q pada kekawan yang sudi membuatkan i menggantung periuk belanga."Jasa Mu Dikenang".




Pn Pengetua di hari Persaraan



Minggu lepas dan minggu ni sibuk pulak dengan majlis perpisahan.Adoi..sedih la plak.Hari Rabu lepas bos yang baik hati dah pencen."Selamat berpencen Puan Pengetua. Mudah-mudahan gembira menjalani kehidupan dan rutin baru".













Punyalah beria-ia i, Kak Fadzi & geng berlatih untuk persembahan perpisahan tu..Kena hafal step yang Kak Linda ajar..Seronok plak dan berkobar2 nak nyanyi lagu Sama-Sama Menjejak Mimpi,Sama-Sama Turun Ke Lembah Sepi...(Freedom).Tup2 bila nak buat persembahan pentas pulak tak muat, ramai sangat plak yang joint last minit.Huhuhu jadi tukang sorak je la sudahnya..


Kak Fadzi - hari terakhir di SMKTD







 Kak Fadzi kena pindah ke Sekolah baru plak.Baru bersama 2 tahun dah berpisah..Walaupun berpindah tapi tahniah kerana dia mendapat kenaikan pangkat."Selamat berkhidmat di tempat baru kak.Kenang daku dalam doamu.."

Bersama yang di raikan


Jamuan perpisahan