CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 25 Mei 2011

AKHIRNYE...

Alhamdulillah, AKHIRNYE.. apa yang selama ni i cari2 dah jumpa..

Dalam beberapa minggu ni, i mula nk aktifkan semula blog yg telah lama terbengkalai ni. Maklumlah dah lama meninggalkan apa yg telah dipelajari lebih dua tahun yg lalu, banyaklah benda yg dah lupa dan banyak yg hilang dari ingatan.hu hu..

Ni gara-gara menyahut cabaran seorg kawan.TQ kerana slalu gelak besar kat i  n kata "blog x siap2,blog dah jadi 'goblog' ha ha ha"). Beberapa hari yg lepas i pun sanggup berguru dengan Elin (umur baru 13 thn) dan selama beberapa malam ni i pun dok la mengadap laptop mencari2 ilmu yg dah hilang..Dah sakit2 tengkok di buatnya. Cam ne nak kasi blog yg menarik n ada gadget cantek2 cam org lain punye??

AKHIRNYA... malam ni i tjumpa http://tutorialuntukblog.blogspot.com/ ni di http://syimama.blogspot.com/. Banyak benda yang simple tapi kita tak tau..I dah cuba merialisasikan apa yang i jumpa dan lihat la hasilnya sekarang..memang tidak mengecewakan!

TQVM pada sis dan  tuan punya blog kat atas.
TQ pada kawan2 yang mencabar2 i tu. ;)
TQ pada guru2 yg tak bertauliah..

Banyak benda lagi yg perlu dipelajari..kata org: "SEMAKIN DALAM KITA GALI SEMAKIN BANYAK BENDA YANG KITA AKAN JUMPA" - InsyaAllah.

Selasa, 24 Mei 2011

Bongkar: Secret Recipe Guna DNA Babi?

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

Bil Produk Syarikat
1. CARAMEL CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
2. FROZEN CHICKEN RENDANG DRUMSTICK
BRAND: SECRET RECIPE / GREEN MASTER
-GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD 15/04/2013
3. HIGH FIBRE CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
4. ICED BLENDED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
5. ICED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 15/02/2013
6. SECRET RECIPE THOUSAND ISLAND DRESSING
BRAND: SECRET RECIPE
-UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD. 14/11/2011