CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 5 Mac 2010

I LOVE U MAK!


Hari ni hujan lebat.Teringat sangat pada mak di kampung.Apa mak buat sekarang ni agaknya? Rasanya baru semalam aku kecil dan mak suap nasi di dapur berebut-rebut dengan Yang,Uza dan Adik..

Masih ingat lagi masa hujan lebat waktu malam, kami akan duduk berkumpul dan ditengah2 ada lampu pelita.Lepas tu semua orang tahan nafas,kalau ada yang terlebih hembus nafas alamat bergelap la..(pelita padam).Lepas tu mesti kena denda cari mancis kat dapur.& selalunya aku la yang jadi mangsanya..hu hu hu!!

Kalau hujan lebat sangat,terpaksa la cari besen dan kain buruk untuk tadah bumbung yang bocor.Kalau tak banjir la rumah..Bunyi tap tap tap, macam cerita seram je.Kami akan duduk rapat-rapat sambil sembunyikan badan dalam kain batik yang kami pakai.Tinggal kepala je yang nampak (macam kura2 duduk tegak..ha ha ha)

Kalau hujan waktu pagi paling best.Sebab mak tak pergi kebun dan kami boleh duduk berlengkar dan bermanja2 dengan mak.Kalau hujan dan tinggal renyai2 mak akan duduk di birai jendela sambil nyanyi lagu Ahmad Jais.Tapi aku tak ingat macam mana bunyi lagunya..Ye la masa tu aku baru sekolah rendah lagi..Mak suka tanya kami dengan mengajuk Wak Dol (masa tu belum lagi jadi Ketua Kampung)"Nak makan apa mak oiiii?" kami jawap "Nak makan pisang rebus mak oiiii!!".Lepas tu kami gelak besar.ha ha ha..

Sekarang rumah dinding papan bertiang tinggi telah lama di ganti dengan rumah yang lebih selesa.Tapi kenangan tetap di terpahat kemas di dalam ingatan.Dan mudah-mudahan mak akan selesa dan senang untuk beribadah di dalamnya.

I LOVE U MAK!!

0 ulasan: